Senyuman yang tidak pernah lekang
Gelak tawa yang memenuhi setiap ruang
Menjadi saksi bisu untuk mengambarkan sebenarnya perasaan ni
Saat dan ketika ini hati dihimpit dengan pelbagai rasa
Hingga ada saat ketikanya sukar untuk menghelah nafas
Bukan tiada teman sejati disisi yang sentiasa sedia berhidmat
Menadah telinga mendengar keluh kesah
Bukan juga kerana diri ini terlalu kuat untuk menghadapi semua ini sendiri
Namun mungkin ini yang terbaik
Tak akan aku biarkan rindu dihati bermaharajalela
Demi sekadar memenuhi imaginasi cinta yang tiada kesudahan
Dan demi kasih sayang yang telah berabad dibina
Tidak mungkin akan aku robohkan
Biar berkali dilanda taufan dan ribut yang meranapkan rasa
Masih teguh pendirian ini
kerana ia cinta hakiki
Rindu ini masih berbatas
Kasih ini masih tidak akan pudar
Hanya ruangan dan pengertian dipinta
Agar tidak jauh menyelam duka
Penulis picisan..
Myramokhtar ;)
#AkuMenulisBukanKernaNama
No comments:
Post a Comment