Thursday, March 23, 2017

SATU KATA





SATU KATA

satu kata pagi ini
meluluhkan segenap hati
berkecamuk mencari puncanya
patutkah aku gembira atau meratapi

percaya pada kekuasaanya
namun harapan yang aku sendiri sedar begitu sinar
namun bagai mana nak aku katakan padanya
fahamilah dan dengarilah kenyataan ini

hati meronta ingin luahkan
tetapi tidak terluah oleh bibir
semoga ada keajaiban
moga impiannya menjadi kenyataan..

Friday, January 29, 2016

Di sebalik takdir..

 Kalau tak sebab die..!" Entah megapa perkataan ni sangat menguris hati. Mungkin kali ini aku merasa dia begitu memaksudkan apa yang di kata kan. Sebak di dada, cecair jernih mula memenuhi ruangan kelopak mata. Aku cuba menenang kan hati..mungkin kealpaan aku atau tahap keganyutan aku ini membuatkan aku patut di persalahkan...ya..pesanan nya untuk tidak diganggu sedikit pun tak aku ingat. Memang salah aku. ditambah lagi masaalah wanita yang melanda diri setiap bulan ini menambah ketidak stabilan emosi. Aku perlu masa untuk menenangkan diri. Berfikiran secara rasional. Tak mungkin silaturahim yang dibina selama bertahun harus dileburkan begitu sahaja. Dia sudah ku anggap sebagai keluarga tak mungkin aku buang hanya kerana msaalah yang tidak seberapa ini. Jika keretakan persahabatan ini terjadi aku yakin ramai yang bakal bertepuk tangan kerana mereka berangapan mana mungkin sesebuah persahabatan mampu bertahan lama kerana ramai yang iri hati dengan ke akraban kami. Aku terigat pesanan ibu"kadang kala kita perlu mengigati kebaikan seseorang itu kepada kita untuk kita mudah memaafkan dan sesekali kita perlu menepis ego untu kebaikan semua" - disebalik takdir-

Tuesday, June 10, 2014

Antara rindu dan kasih..


Senyuman yang tidak pernah lekang
Gelak tawa yang memenuhi setiap ruang
Menjadi saksi bisu untuk mengambarkan sebenarnya perasaan ni
Saat dan ketika ini hati dihimpit dengan pelbagai rasa
Hingga ada saat ketikanya sukar untuk menghelah nafas

Bukan tiada teman sejati disisi yang sentiasa sedia berhidmat 
Menadah telinga mendengar keluh kesah 
Bukan juga kerana diri ini terlalu kuat untuk menghadapi semua ini sendiri
Namun mungkin ini yang terbaik

Tak akan aku biarkan rindu dihati bermaharajalela 
Demi sekadar memenuhi imaginasi cinta yang tiada kesudahan
Dan demi kasih sayang yang telah berabad dibina 
Tidak mungkin akan aku robohkan 
Biar berkali dilanda taufan dan ribut yang meranapkan rasa 
Masih teguh pendirian ini 
kerana ia cinta hakiki

Rindu ini masih berbatas 
Kasih ini masih tidak akan pudar 
Hanya ruangan dan pengertian dipinta 
Agar tidak jauh menyelam duka


Penulis picisan..
Myramokhtar ;)
#AkuMenulisBukanKernaNama



Wednesday, April 2, 2014

Pemuja Rahsia..

Pemuja Rahsia

Masih aku ingat setiap lekuk garis di pipimu
Saat itu aku seakan terpaku seketika 
Hari demi hari aku menanti persis senyum semalam 
Namun masih lagi belum kunjung tiba


Walaupun Terkadang ragu adakah kau telah berpunya
Atau mungkin diriku tidak sehebat yang kau idamkan
Biarpun Begitu sukar menembusi ruangan hati mu
Masih teguh rasa di hati selagi belum ada kepastian


Tidak pernah luntur semagat ingin memiliki mu
Masih setia hati ini menanti
Berharap kelak pasti ada lafaz tiga kata yang terindah
Yang diucapkan olehmu....

Tuesday, April 1, 2014

Hola salam perkenalan..


Hai..salam perkenalan akhirnya wujud blog ini atas usaha sahabat aku sebagai memberi semangat kepada aku supaya dapat lebih tekun dalam bidang penulisan ini.  Walaupun pada mulanya bidang ini tidak pernah aku minati tapi atas desakan rakan baik aku untuk aku menyertai pertandingan penulisan membuatkan aku kini makin jatuh cinta pada bidang penulisan.

Aku bukan penulis yang hebat bukan juga handal dalam mengilhamkan cerita namun aku akan belajar untuk menjadi seperti sifu aku yang banyak memberi tunjuk ajar walaupun bukan secara langsung kepada aku kerana aku seorang yang sangat pemalu sebenarnya hehe. Mungkin selepas ini kena lebih berusaha untuk mengatur jadual menulis supaya dapat menghasilkan sesuatu karya.

Maaf jika tersalah ejaan atau mungkin penggunaan bahasa yang bakal aku gunakan sesungguhnya aku masih amatur dalam bidang ini. Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukan. Sila tinggalkan komen anda untuk saya memperbaiki cara penulisan dengan cara yang berhemah supaya tidak saling menyakiti hati sesiapa.

Sekali lagi salam perkenalan dari aku semoga kita akan saling berkongsi ilmu dalam bidang penulisan ini.

*Sumber: gambar dari google