Wednesday, April 2, 2014

Pemuja Rahsia..

Pemuja Rahsia

Masih aku ingat setiap lekuk garis di pipimu
Saat itu aku seakan terpaku seketika 
Hari demi hari aku menanti persis senyum semalam 
Namun masih lagi belum kunjung tiba


Walaupun Terkadang ragu adakah kau telah berpunya
Atau mungkin diriku tidak sehebat yang kau idamkan
Biarpun Begitu sukar menembusi ruangan hati mu
Masih teguh rasa di hati selagi belum ada kepastian


Tidak pernah luntur semagat ingin memiliki mu
Masih setia hati ini menanti
Berharap kelak pasti ada lafaz tiga kata yang terindah
Yang diucapkan olehmu....

Tuesday, April 1, 2014

Hola salam perkenalan..


Hai..salam perkenalan akhirnya wujud blog ini atas usaha sahabat aku sebagai memberi semangat kepada aku supaya dapat lebih tekun dalam bidang penulisan ini.  Walaupun pada mulanya bidang ini tidak pernah aku minati tapi atas desakan rakan baik aku untuk aku menyertai pertandingan penulisan membuatkan aku kini makin jatuh cinta pada bidang penulisan.

Aku bukan penulis yang hebat bukan juga handal dalam mengilhamkan cerita namun aku akan belajar untuk menjadi seperti sifu aku yang banyak memberi tunjuk ajar walaupun bukan secara langsung kepada aku kerana aku seorang yang sangat pemalu sebenarnya hehe. Mungkin selepas ini kena lebih berusaha untuk mengatur jadual menulis supaya dapat menghasilkan sesuatu karya.

Maaf jika tersalah ejaan atau mungkin penggunaan bahasa yang bakal aku gunakan sesungguhnya aku masih amatur dalam bidang ini. Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukan. Sila tinggalkan komen anda untuk saya memperbaiki cara penulisan dengan cara yang berhemah supaya tidak saling menyakiti hati sesiapa.

Sekali lagi salam perkenalan dari aku semoga kita akan saling berkongsi ilmu dalam bidang penulisan ini.

*Sumber: gambar dari google